Monday, December 29, 2008

Danson comtemporary dance

Pada 28 Disember 2008, Sakti menyaksi tarian komtemporari Danson yg telah diadakan di dewan DBKL pada pukul 8 malam. Sebanyak 6 Hicom SAKTI telah menyertai dan 2 rakan baru. Persembahan yang sangat menarik dan menghiburkn.

Antara persembahan yg telh sempt dirakam sepanjang DANSON berlangsung.

Keliru

Kenapa ye???


Pangkin

Belebas

Sengal

Okeyh here some pic me with hicom2 Sakti yg superb dan 2 org member baru. hehe Gudluck with the dancing.... Nggeeee
Sebahagian Hicom2 Sakti :P :D



Memperkenalkn 2 jejaka yg menyertai kami..
San dan Zaim
welcome... :D


Okeyh.. that all... Jikalau ada sesiapa yg berminat utk mejadi keluarga SAKTI, boleh hubungai kami disini

-SAKTIMMU friendster
-Faiz [Biro multimedia]

Friday, December 26, 2008

SAKTI - kumpulan kesenian pentas melayu tradisi

Kumpulan Kesenian Pentas Melayu Tradisi

SAKTI adalah singkatan kepada Kumpulan Kesenian Pentas Melayu Tradisi atau dalam Bahasa Inggeris, Stage Art of Traditional Malay Group. Kumpulan ini telah ditubuhkan atas inisiatif beberapa orang pelajar di institusi ini dengan kesedaran bahawa seni dan budaya bangsa Melayu harus terus dipelihara bagi mengelakkan keindahan dan keunikannya terus dimamah panggilan kemajuan. Kewujudan SAKTI juga bukan hanya untuk menghiasi pertunjukkan pentas sahaja, tetapi lebih daripada itu SAKTI ingin menjadi sebuah jenama keluaran yang mampu berdaya saing untuk membuktikan kepada dunia bahawa kesenian dan kebudayaan bangsa Melayu juga mampu menarik perhatian masyarakat global secara komersial.

Objektif Program

1. Mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan pelajar yang berupaya menyanyikan lagu-lagu tradisional Melayu dengan baik.
2. Memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap khazanah seni bangsa yang semakin dimamah usia dan ditelan zaman.
3. Memperkenalkan seni budaya bangsa Melayu kepada para pelajar lain khususnya para pelajar yang berasal luar negara.
4. Mencipta suatu pertandingan lagu-lagu tradisional yang segar dengan suntikan elemen-elemen moden dan komersial.
5. Memberi nafas baru terhadap industri seni suara tradisional Melayu dengan pembabitan golongan muda dengan idea-idea baru dan segar.
6. Membuka persepsi baru terhadap lagu-lagu tradisional Melayu untuk terus dikomersialkan dan secara tidak langsung memulihara warisan ini.

Sebarang pertanya boleh la bertanyakan di sini atau
-http://profiles.friendster.com/saktimmu
-http://fakepaez.blogspot.com/